CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 27, 2008

salam lebaran dari vietnam..

sebelum terlambat aku nk ucap selamat hari raya kt sume yang mengenali aku nie..klu selama nie aku ada wat salah,aku mntk maaf dr ujung rmbt smpai ujung kaki..maaf zahir dan batin..nnt blik dr cuti jgan lupa bw kuih raya n duit raya tau..heheh..salam lebaran dr aku dari vietnam..

lama tak tulis blog..

aduh lmenya aku tak update blog aku..huhu..ssh r nk cari cc kat vietnam nie..harap2 kawan sume faham..leceh tul coz esok bru blk malaysia..sedih tul,then games kat cni pun leh kalah..aduh,nsb badan la..ikutkan 25 nie ley blik malaysia dh tp de plak mslah tilet flight..arghhhh..tensionnya...

Saturday, September 20, 2008

berpuasa di negara orang..

aduh..lthnya aku hari2..dengan klaz,training lg..penat2..tp takpe itu sume dugaan dari allah..aku sbgai hambaNya terima...tahla,aku pun taktau nk cerita apa..tme aku tls blog nie..aku dh de kt vietnam...sshnya nk cari internet kt cnie..nsb baik ada tp jauh..mls tul..puasa kt negara orang mmg payah..pe tah lagi waktu nk berbuka..dh la tak dapat makanan masakan mak,then kna makan kt hotel nie..makanan nya boleh la tahan..letihnya.....

Tuesday, September 16, 2008

DUGAAN DI BULAN PUASA

salam....sekarang bulan ramadhan kan,so,umat Islam di seluruh dunia di wajibkan berpuasa,termasuklah aku....namun disamping aku berpuasa terlalu banyak sangat dugaan yang aku perlu tempuhi....namun aku redha kerana ini adalah dugaan dari Allah S.WT. untuk aku....sebagai contohnya,mestilah dugaan pasal tengok perempuan2 cantik kan,di bulan puasa kalau terpandang tak pe,tapi klu 2x pandang,tu dah kira dosa....time bulan puasa ni,aku try untuk tidak tergolong dalam golongan 2x pandang....Alhamdulilah,aku berjaya melakukannya,tapi kadang2 tu besa la kan.....hehe.....tu baru sikit,banyak lagi dugaan yang aku hadapi di bulan puasa ni....tapi nanti arr aku cter ok.......aku ada keja la......salam ramadhan dari aku.....

Saturday, September 13, 2008

CHELSEA,CHELSEA......

salam.....aku memang epi la semalam,m.u dah kalah,then chelsea plak menang....huhuhu,lagi2 epi la aku.....ni yang buat aku tak sabar2 nak tunggu minggu depan nii.......aku pun tak tau sebab apa aku suka team chelsea,sejak dari zaman crespo main plak tu,lama jugak la....hehe.....walaupun season tahun lepas chelsea agak kurang bernasib baik sikit,coz m.u main "tipu"(hahaha,jangan marah),tapi aku rasa tahun ni akan ada 1kejutan besar untuk m.u.....stanby k.....alahai m.u,m.u........hehehe......selamat berpuasa.....

HAHAHA,AKU PUAS.

salam semua.....aku baru pas balik dari tengok games m.u vs liverpool....aku puas sangat sebab m.u kalah....hahaha....walaupun aku bukan peminat fanatik liverpool,tapi aku suka sangat bila tengok m.u kalah walau dengan team mana pun,janji dia kalah.....aku pun tak tau sebab apa aku tak suka sangat dengan team m.u ni,walaupun majoriti orang kat dunia ni sokong m.u......mungkin hati aku memang tak ley terima team m.u nie kot....hehehe.....pada penyokong m.u,aku harap korang semua buat2 la banyak bersabar ye,bulan2 pose tak elok marah2,kalah menang biasa la tu,adat perlawanan....hahaha....aku tau liga baru bermula,tapi jangan jadi itu 1alasan k.....ingat,pas ni team m.u nak jumpa team yang sedang meningkat naik&musuh tradisi dalam liga EPL iaitu chelsea,so stanby la k......SALAM RAMADHAN dari aku,pose jangan tak pose k.....

Thursday, September 11, 2008

CTER AKU(ABSEILING)

salam ramadhan.....ri nie,ri khamis....aktiviti pertama aku untuk pagi ni adalah pergi ke kelas outdoor,sebab hari nie aku ada praktikal abseiling......dalam pukul 8.15pg,aku dah ada kat stor,aku ingat aku lewat sebab izwan gtaw kat aku kelas kul 8pg.....tp time aku sampai,rakan2 aku tengah bual2 lagi kat situ....aku tanya sebab apa,rupa2nya,diorang tengah tunggu Encik Sofwan sebab nak amik barang2 abseiling.....dalam pukul 8.45pg macam tu,baru semua barang dapat di ambil dan seterusnya kami bawa ke tempat untuk melakukan aktiviti abseiling....tempat tu dekat belakang swimming pool uitm(kawasan cerun bukit)....time sampai kat tempat tu,aku dengan rakan2 pun di bahagi kepada 3kumpulan......then,kami kena cari tempat sendiri.....kumpulan aku biasa la,mesti dapat tempat yang baik punya...group aku pun pe lagi,tak sabar2 nk buat la....kami pun pasangsendiri segala peralatan untuk melakukan aktiviti abseiling....mula2 tu risau jugak takut ada yang jatuh sampai bawah nanti....tapi hasil tunjuk ajar Encik Hisyam,&di bantu oleh,Encik Shawn.....Alhamdulilah segalanya berjalan lancar tanpa ada sebarang perkara yang tak di ingini.....seronok jugak tengok kengkawan aku buat....aku macam biasa la kalau tak second last,kira aku last la....hehe....masa aku nak buat je,aku mesti datang la perasaan takut sikit,giler la tak takut,tinggi tu....then yang aku kena buat plak cara "running down"or"australian style".....aku memang takut nak buat time tu,yela first time la katakan....namun,dengan skit keyakinan yang aku dapat dari tengok rakan2 aku yang lain buat,aku pun try.......semua dah siap di pasang,aku pun dah bersedia,apa lagi,aku lari je la.....Alhamdulilah aku selamat sampai kat bawah......fuh,lega aku....tapi pape pun,aktiviti ni memang best.......

Tuesday, September 9, 2008

AKU TAK G KLAZ LA RI NIE

aduyai,ari nie aku tak g klaz lg......hmmm.....nasib baik test dah buat,tapi aku tertinggal la pe yang kawan2 aku study ri nie..........aku bukan saja2 tak nak pergi,tapi aku ada keja sikit ar......di bulan pose nie aku banyak belajar sesuatu yang dapat membentuk diri aku ni......aku harap pe yang aku dapat nie aku akan membantu aku di masa akan datang&time susah senang aku nanti.....syukur,Alhamdulilah.......selamat berpuasa........

AKU ADA TEST LA PAGI TADI

pg tadi aku kena buat test nutrition,then pas tu bel plak.....mula2 test nutrition tu aku risau la jugak,sebab aku just sempat prepair 60% je....tapi nasib baik la soalan yang Encik Azhan buat cuma objektif dengan true &false je....Alhamdulilah.....lepas tu test bel pula,test speaking lak tu...aku dah la............hmm,faham2 je la k.....time aku dapat kertas je,aku pun tulis la,prepair nak cakap....buat macam pandai sikit.....tiba time aku,aku pun cakap la,ntah btul ke tak aku tak tau.....tapi group aku tu nasib baik la ada "pak long",dia bi ni memang terror.....aku ngan petong,lebih kurang sama je,kira pak long banyak support reason kami la tadi.....tq pak long.....2 test dah settle,lega sikit aku.......

Monday, September 8, 2008

AKU KENA SOLO KEM LA

cter nie time aku kena buat aktiviti survival....time survival tu,aku memang ngam dengan ezzwan,1group ngan aku,iaitu pulau tioman.....cter dia macam nie,pagi2 buta,tapi tak buta sangat la,dalam kul 7 macam tu,aku kejut wan tido,sebabnya,aku nak pergi cari makanan tambahan group aku,kat pulau poh tu,macam buah kelapa ke,ubi kayu ke.....pusing punya pusing,hmm,1buah pun tak jumpa.....tak pe la,aku ngan wan pulang ke khemah balik...sampai kat khemah,ahli kumpulan aku baik punya tengah tido....aku ngan wan pun tak de apa nak buat,kami pun amik keputusan pergi cari kayu api.....lepas balik dari cari kayu api,kami boring,lalu wan ajak aku buat water confident kat tasik kenyir.....aku yang pantang di ajak pun pe lagi,setuju la....kami pun terjun kat dalam tasik,aku dengan tak berbajunya,mandi......tapi pakai life jaket la,tak berani oooo,mandi kat tasik kenyir tak pakai life jaket,dalam gler.......best gler kami mandi.....tanpa di sedari 1bot dingi menuju ke arah kami....rupa2nya kat dalam bot tu ada Encik Hisyam dengan fasi.....pe lagi,kami dah buat salah,kena ceramah la,tak cukup dengan tu,kena denda lagi kot atas......dendanya solo kem.....nasib badan.......aku dengan wan pun dibawa oleh fasi ke tempat yang kami akan diletakkan....aku kena kat dalam hutan,tapi wan kat ngan tasik....sampai je kat tempat tu aku di biarkan tanpa ada pape barang pun kat aku....tapi aku tenang je,azam aku,aku nak buat khemah aku sendiri ikut kretiviti aku walaupun aku tak de kemudahan peralatan.......mula2 aku kemaskan tapak khemah aku dulu,then aku cari bahan yang boleh untuk aku buat api,pas aku jemur dulu,sebab itu penting bagi aku....dah siap kemas,aku pergi cari kayu dengan dahan untuk stuktur khemah aku&bahan untuk buat api......dah siap aku cari pula,pelepah kelapa sawit,untuk buat bumbung......tapi yang aku sangkakan"panas sampai ke petang,rupa2nya hujan di tengahari"......aku di bawa oleh fasi untuk menyertai kumpulan aku balik.......fuh,penat tau aku buat kemas tapak khemah,&khemah,tapi aku tak dapat menikmati hasil titik peluh aku tu....kecewa2.....................

AKU BERKAYAK KAT TASIK KENYIR LA

matahari tegak kat atas kepala aku,tapi aku dah nak kena buat aktiviti kayak.....lepas je aku ngan group aku buat introduction tentang kayak,kami pun bersiap sedia la untuk berkayak by group....mula2 memang best coz aku dengar ura2 mengatakan,yang kami akan berkayak mengelilingi pulau poh,namun best yang aku rasa jd sebaliknya la......sebabnya group aku di biar kan kat tasik tu tanpa ada fasi yang membimbing kami.....sedih2......mungkin fasi merajuk nagan kami kot,kata aku dalam hati........dah jadi macam ni kami pun pe lagi,patah balik then pulang ke camp site....sampai je kat camp site,aku tengak group yang kena mat abseiling,balik ngan nangis2,(tp pompuan la)......bila di tanya pasl apa,diorang pun cakap,di biarkan oleh fasi,tanpa membimbing diorang wat aktiviti abseiling....lagi dasyat kan,aktiviti kayak biar,tak pe lagi,nie aktiviti abseiling,silap skit jatuh,tak tau la aku.......hai,baru 3hari kat kem, macam benda dah yang aku alami......

CTER PASAL NAVIGATION AKU

ai,penat tak ilang lg,tp mcm2 aktiviti dh aku kna buat......mlm ni aku ada aktiviti navigation pula.....lepas jer di bahagikan kumpulan,aku dengan group aku iaitu,wani,kak ct,kak bed &aku pun pe lagi,terus la wat aktiviti tu.....selepas 1 demi 1klu kami jumpa,misi kami pun berjaya....namun pikir la,nek bukit,turun bukit,masuk hutan malam2.....aduh,memang meletihkan.......lepas je settle aktiviti tu,kami pun pulang ke camp site....sampai kat camp site kami melaporkan diri pada fasi yang di tugaskan......fuh lega aktiviti pagi tu dah settle.....

Sunday, September 7, 2008

HARI KEDUA FINAL CAMP

selesai membersihkan diri,solat subuh,sarapan,kami meneruskan aktiviti kami iaitu aktiviti senaman pagi yang di ketuai oleh cik azean&yazilah......kami melakukan aktiviti tersebut denagan begitu gembira sekali......selepas itu kami perlu melalui spotchek yang di lakukan oleh fasi.....semua barang2 yang tak patut di bawa ke pulau poh,terpaksa kami asingkan ke dalam 1 beg plastik.....barang2 larangan tu macam rokok,telefon bimbit,kamera,duit,beg duit&macam2 lagi.....setelah semua selesai,aku pun mengangkat barang2 aku ke jeti kargo....then aku serta rakan2 mengangkat barang2 perkhemahan pula....memang meletihkan.......setibanya bot sampai,kami pun memasukkan semua barang2 ke dalam bot untuk di bawa ke pulau poh......selepas itu baru la aku serta rakan2 menaiki bot untuk ke pulau poh.....sampai je kami kat pulau tersebut,kami terpaksa melalui saat sukar iaitu mengangkat balik barang2 khemah ke tapak perkhemahan....tapak perkhemahan sangat jauh,&barang2 semua pula berat2..aku memang letih,namun aku angkat juga sebab kawan2 aku yang lain pun angkat barang2 yang lain.......settle bahagian barang,kami kena buat khemah pula,khemah yang perlu ada ialah khemah pusat,khemah dapur,khemah peralatan,khemah fasilitator&peserta&khemah generator.....keadaan menjadi agak sukar tanpa kelibat rakan berpengalaman iaitu azman,omar,farish,&shahrul.....kami di marah oleh fasi sebab khemah pusat tak siap2 lagi.....selepas 3jam baru semuanya selesai....semua khemah dapat di naikkan....selepas itu kami baru la dapat makan,aku rasa macam hidup di dunia yang lain,sebab sebelum nie aku tak pernah rasa macam nie......kami meneruskan aktiviti pertama kami pada petang tu,kumpulan aku iaitu kumpulan tioman,kena buat aktiviti "navigation"....kami pun melakukan aktiviti ni,namun kami tidak berjaya atas sebab kami tidak dapat klu untuk mencari tempat yang di kehendaki.....aku agak kecewa,sampailah kami dapat klu pertama atas bantuan fasi....kami meneruskan perjalanan sampai ke dalam hutan untuk mencari klu seterusnya,namun ianya gagal,dan kami mengambil keputusan untuk pulang ke camp site atas sebab fasi memberitahu sebelum pukul 6petang kami perlu sampai ke camp site....sampai di camp site kami melapor diri pada fasi yang bertugas,namun kumpulan lain masih belum sampai....kami di arah oleh fasi untuk apa2 yang patut....aku di suruh oleh fasi untuk mengepam air tasik....aku buat dengan ezzwan....selepas sejam tugas kami selesai,kami berjaya mengepam air naik ke atas.....selepas tu aku membersihkan diri.....selesai solat maghrib&isyak,kami pun makan......pada malamnya kami ada sedikit taklimat oleh fasi sehingga jam 2pagi atas sebab malam tu hujan lebat sangat.......selepas tu kami di benarkan untuk rehat,namun kumpulan yang kena sentri tak boleh rehat jugak la.....nasib baik la malam tu bukan kumpulan aku yang kena sentri,so pe lagi aku pun gerak pergi kat khemah aku la,&aku terus tido.....letih la.......................

HARI PERTAMA AKU(FINAL CAMP)

tepat jam 6pagi aku dah bangun,sebab di kejutkan oleh kengkawan.kalau ikutkan hati aku,aku memang tak bangun lagi time2 macam tu.....aku pun pergi bersihkan diri aku yang tak berapa bersih nie.....selepas siap,solat subuh,aku dengan rakan2 di arah oleh fasi untuk berkumpul......time berkumpul,mental kami benar2 teruji,kami kena pumping la,lompat bintang la&macam2 lagi......setelah dah kena macam2 serta mendengar taklimat ringkas,kami pun bersiap2 untuk menaiki bas.....kumpulan aku kena naik bas sekali dengan budak2 ijazah,ok la tu kan,janji dapat naik juga....time dalam bas tu aku kerja tido je,sampai la aku sedar yang aku dah sampai dekat perhentian ape entah dekat pahang......aku pun apa lagi,turun la sebab lapar sangat....aku pun pergi makan dengan ezzwan......ada ke patut,time untuk makan hanya di beri 20minit je.....tak patut2.....selepas makan aku naik bas balik dan meneruskan kerja aku,iaitu tido......aku tersedar skali lagi semasa berhenti kat perhentian,tapi yang mengejutkan aku,kawan aku cakap,bas yang kami naiki tadi tayar pecah,aku punyalah terkejut besar,sebab aku tak sedar langsung....dasyat kan aku bila tido,hehehehe...time berhenti kali ni ada 1kes la.....kes dia kawan aku iaitu ezzwan kantoi rokok....tapi kantoi dengan fasi je,kes ni bagi aku boleh settle tanpa pengetahuan Encik Hisyam,namun akhirnya Encik Hisyam dapat tau.....so,pe lagi,budak2 diploma,kena panggil la,kami kena marah versi Encik Hisyam punya......tapi walau pape pun kami tetap meneruskan perjalanan sampai ke kuala berang,sebab nak ambil barang2 basah la.....selepas semua selesai,kami meneruskan perjalanan sampai ke tasik kenyir.....sampai je kat tasik kenyir,hujan lebat sangat,tapi kami terpaksa mengeluarkan barang2 time tu juga,pe lagi aku basah la jawabnya.....barang2 telahpun di bawa keluar dan ditutup dari terkena air hujan dengan menggunakan flysheet.....hari dah malam,kami pun perlu membuah khemah pusat sementara.....selepas 1jam setengah khemah pusat kami pun siap.....kami berkumpul untuk makan malam.....jam menunjukkan pukul 11malam,masa nie kami ada aktiviti "ice brekking"iatu macam aktiviti suai kenal....tapi aktiviti tu sekejap je sebab fasi ada hal.....kami pun buat hal kami,tapi still ada sentri untuk jaga barang2......time kumpulan aku sentri sama jauga macam semalam iaitu dari pukul1pagi-2pagi....lepas je kumpulan aku sentri,semua budak2 laki di panggil oleh fasi.....kami di tanya siapa yang merokok di kawasan tasik kenyir....namun siapa pun tidak mengaku,sampailah,azman,omar,farish,ezzwan,&shahrul mengaku....namun fasi masih mencari juga....namun tiada siapa yang mengaku.....akhirnya kami kena la denda pagi2 buta,denda kami adalh berenang dari jeti kargo ke jeti pulau poh....tanpa di sedari kaum Hawa pun terpaksa menerima denda yang sama padahal diorang tak bersalah......kami kaum Adam tidak mahu diorang join kami,tapi demi arahan,kami tak boleh berbuat apa....kami pun berenang la di dalam kumpulan,wanita di depan&lelaki di belakang.....jauh jugak kami berenang.....sampai je dekat jeti 1lagi kami di arah berkumpul,dan Encik Hisyam memberi sepatah 2 kata.....aku rasa sangat sejuk time tu.....lepas tu kami di suruh pulang ke tempat kami tadi.....sampai je kat situ,aku pergi tukar pakaian yang basah&aku pun pergi tido jap kat khemah pusat....aku letih ar,pagi nanti nak kena angkat barang pula.....aduyai............

CITER AKU TIME KENA KUARANTIN

pada jam 5petang aku serta rakan2 perlu ada kat stor sains sukan&rekreasi....namun begitu aku tiba lewat atas sebab aku perlu mengangkat barang yang disuruh oleh pak long....time tu aku dengan zul kena.....then aku sampai dalam kul 5.10petang macam tu,apa lagi aku ngan zul kna denda la....kami tak boleh join rakan2 yang lain membuat kerja mengangkat barang keluar dari stor...aku rasa tak seronok la tengok rakan2 lain buat keja,tapi aku duduk saja.....selang berapa minit lepas tu,datang pula seorang rakan kelaz aku iatu "burn",dia pun lewat macam aku dengan zul juga...kami di suruh stay dekat tempat yang camp commander kami tunjuk iaitu Encik Shahriman.....sejam kemudian,Encik Hisyam sampai,kami di tanya kenapa lewat,lalu kami memberi alasan masing2.....selepas tu kami pun pe lagi,kena denda la,kami kena buat asap untuk mengusir nyamuk yang begitu banyak di kawasan tu.....selepas kami selesai membuat asap tu,kami pun di arah oleh camp com kami untuk join rakan2 yang lain membuat kerja......masuk waktu maghrib,kami di suruh bersihkan diri,solat&makan.....setelah semua selesai,kami meneruskan kerja kami sampai ke malam.....malam tu kami dah boleh rehat sekejap,sebab esok pagi pukul 8pagi,kami dah nak kena gerak pergi ke tasik kenyir.....nasib baik la malam tu kumpulan aku iaitu kumpulan tioman kena sentri dari kul 1-2pagi je...so aku boleh la tido lama sikit,tak payah nak bangun,tido&bangun balik......lepas sentri,aku pun terus pergi tido sebab letih sangat......

SEMINGGU SEBELUM FINAL CAMP

seminggu selepas first camp,aku serta rakan2 akan menghadapi 1peristiwa yang tak dapat di lupakan seumur hidup kami,iaitu INCREDIBLE CAMP TASIK KENYIR......keletihan first camp masih terasa dalam diri aku,namun tugas sebagai pelajar harus aku menghadapi semua ni.....pagi aku ke kelas,petang kena pergi ke stor,lepas kat stor,aku kena pergi latihan bola pula,then pada malamnya ada meeting......memang ia 1 yang meletihkan aku yang sebagai student&pemain bola......persediaan untuk menghadapi final camp amat kami titikberatkan kerana ia melibatkan markah kami......so,persiapan yang kami buat amat rapi dari segala aspek......setiap tugas yang diberikan oleh ketua kami iaitu Azman,kami laksanakan dengan baik....dari segi barang2 peralatan yang hendak di bawa kami telah membuat cheklist,&semua barang berada dalam keedaan baik......selesai segala persiapan tersebut,kami mengadakan 1meeting khas sebelum tinnggal 1hari saja lagi untuk kami di kuarantinkan,seterusnya tasik kenyir.....ini adalah sebagai persiapan terakhir untuk kami........setelah semuanya dalam keadaan baik.....kami menanti hari esok,untuk di kuarantinkan,iaitu pada hari jumaat 15og0s.......

Saturday, September 6, 2008

HARI LAST FIRST CAMPING

selepas selesai solat subuh,aku pun pe lagi tunggu time untuk makan....lepas makan je,aku dengann kengkawan lain dah di suruh siap untuk aktiviti seterusnya....aktiviti kumpulan aku lepas ni adalah "blind trail", entah aktiviti ape pun aku tak tahu....kali nie kumpulan aku bergabung dengan kumpulan yang sama time lakukan aktiviti "menjejak"iaitu kumpulan ADIDAS.....selepas di berikan taklimat ringkas oleh fasi,bermula lah aktiviti kami,first skali,mata kami ditutup dengan kain berwarna hitam,selepas 2 kami berpegang tangan antara 1 sama lain dan di bahagikan 2 kumpulan iaitu lelaki&perempuan...so,kami pun berjalan dalam kegelapan mengikut laluan yang telah di buat...memang sukar untuk kami,dah la letih,lepas tu kena buat aktiviti macam ni plak.....kami pun,naik bukit,turun bukit,lalu kat saliran air,kat kawasan lumpur&macam lagi kawasan yang aku rasa pelik......aktiviti ni yang best ialah,communication antara orang depan dengan orang belakang&seterusnya.....sebab orang depan,yang akan inform kat orang belakang apa yang berlaku di depan.....time,leader aku aideed,peserta depan aku razif(student INSTED) dan belakang aku pak long(orang paling besar dalam kelaz aku)......information yang aku dapat dari orang depan,aku sampaikan dengan baik dekat orang belakang,so pergerakan kami menjadi begitu mudah....sampai je kumpulan aku kat kawasan berpaya,kumpulan lelaki dengan kumpulan perempuan berpisah atas sebab fasi saja nk bagi kami letih lagi...so apa lagi,kami pun kena lah cari kumpulan perempuan balik....time ni aku rasa laluan yang sukar untuk kami rintangi....masa nk cari tu,aku dengan rakan2 kumpulan aku kena naik kawasan bukit yang berbatu pulak tu,time ni dah la aku nk kena naik bukit,then kena tarik pak long naik pulak,dugaan2....masa nak naik 2,ada pulak,manusia yang mulia,asyik cucuk2 perut aku,lepas tu aku terjatuh,tapi bukan sebab tu la,sebabnya lincin,jari aku berdarah sikit.....lepas dah dapat naik tu,aku dengan rakan2,kena masuk pulak,dalam terowong yang bagi aku sangat kecil,sebab badan aku masuk pun muat2 je.....yang paling kelakar pak long la,dia nak masuk tak lepas2,tapi fasi suruh masuk jugak.....last2,dah tak boleh jugak,aku suruh pak long naik ikut atas,then pak long capai tangan aku,kami pun bergerak bersama...namun begitu,aku sudah jauh kat depan,kami terpaksa mencari diorang.....jalan punya jalan,panggil punya panggil,akhirnya kami jumpa juga,then kami jalan sesama,kali ni kami jalan di dalam kawasan berpaya,dengan memegang tali yang telah tersedia....sampai saja kat 1kawasan,aku rasa macam tangan aku di tarik oleh 1tangan yang lain,aku cuba menahan,tapi aku terdengar 1bisikan ditelingaku,menyuruh aku lepas,aku pun lepas....aku terpisah dengan rakan2 aku,dan aku di bawa ke tempat mana pun aku tak tahu....masa fasi bawa aku tu,aku terkena jerat di dada,iaitu,jerat yang di buat oleh fasi,nasib baik tak sakit.....masa aku kena letak kat tempat tu,aku terdengar suara rakan aku dalam 10meter depan aku,aku pun pe lagi,aku cari 1kayu,then aku pergi cari dia...akhirnya aku jumpa dia,tempat dia duduk tu seram tul,dah la dalam terowong,then air sejuk pulak tu......aku terdengar suara rakan2 aku memanggil nama aku dan aideed,aku dengan aideed pun menyahut...aku membawa aidedd ke tempat yang lebih mudah untuk diorang menjompai kami....usaha penemuan agak sukar,kerana mereka ikut laluan darat,tapi kami berada di laluan air....hasil dari komunikasi yang baik&naluri setiakawan yang ada pada kami,akhirnya kami bertemu juga...misi kami telah berjaya.....kami pun di bawa oleh fasi ke 1tempat.....kami dibenarkan membuka ikatan pada mata kami.....fuh lega rasanya aku.....kami mengambil peluang untuk mencuci muka,badan kami yang penuh dengan lumpur,angkara fasi.....kami pun duduk berkumpul,lalu Encik Hisyam menyuruh seorang demi seorang memberikan ulasan masing2 tentang aktiviti yang di lakukan tadi.....sampai je giliran aku,aku dengan rasa tak bersalahnya,menceritakan pengalaman aku.....selepas semua selesai,kami di beritahu oleh Encik Hisyam bahawa kumpulan kami adalah yang terbaik untuk aktiviti ni.....bangganya kami....kami pun pulang ke camp site dengan gembira&sekejap lagi kami akan pulang.....selepas membersihkan diri,mengemas pakaian,kami pun makan tengahari......then kami pun mengemaskan tapak perkhemahan kami....segala barang telahpun di masukkan ke dalam lori....sebelum saat yang indah tiba,iaitu berangkat pulang ke uitm,kami ada 1perjumpan penutup.....selepas semuanya selesai,kami pun bergerak pulang ke uitm.....sampai je kat uitm,kami mengangkat barang2 perkhemahan tadi untuk di masukkan terlebih dahulu,kami akan cuci pada keesokan harinya serta cheklist balik barang2 sebab semuanya letih.....setelah semuanya selesai,aku pun pulang ke kolej teratai.....sampai je kat bilik,aku terus tido............

CTER PADA MALAM HARINYA

selepas solat maghrib,makan malam,solat isyak,kami pun bersiap2,untuk aktiviti seterusnya iaitu untuk aktiviti posmortum setiap kumpulan serta ulasan daripada para2 fasi mengenai aktiviti yang telah di jalankan pada sebelah petang tadi.....kami pun di arah berkumpul mengikut kumpulan masing2....selepas itu kami di arah pergi ke surau yang terdapat di situ....setibanya kami disitu,kami pun duduk mengikut kumpulan.....pensyarah kami,iatu Encik Hisyam pun menyuruh setiap kumpulan menceritakan pengalaman aktiviti yang di lakukan bermula dengan kumpulan JOMA.....pelbagai ilmu serta cter yang menarik dapat aku dengar,sampaikan ada seorang peserta perempuan dari INSTED yang berasal dari sabah di suruh oleh Encik Hisyam menyanyikan lagu tradisi negeri sabah....semasa beliau menyanyikan lagu2,keadaan di surau tersebut menjadi riang seketika dengan hilai tawa daripada kami....tapi time beliau menyanyikan lagu"sumandak",aku serta rakan2 gelak sampai kecut perut,sebab lagu tu kelakar gler.....sampai je time kumpulan aku,wakil kumpulan aku iaitu aideed pergi ke depan untuk memberikan ulasan......selepas semua kumpulan selesai memberikan ulasan aktiviti masing2,tibalah time fasi plak memberikan komen ......tepat jam11 malam,semuanya selesai,namun kami tidak boleh pulang ke camp site lagi atas sebab,Encik Hisyam akan memberi kami semua ilmu tentang CPR or CARDIAC PULMONARY RESUSTATION.....kami di beri tahu apa itu CPR,apa faedah dari CPR,macam mana nak lakukan kaedah CPR kepada mangsa&macam2 lagi....ok,aku cter sikit la pasal CPR ni...CPR adalah 1 kaedah bantuan pernafasan bagi menyelamatkan mangsa yang tiada oksigen di dalam badannya,contoh macam orang lemas,sakit jantung,sesak nafas&sebagainya....terdapat 5step untuk melakukan pada mangsa,iaitu 1.DANGER2.RESPON3.AIRWAYS4.BRETHING5.CIRCULATION......1.DANGER.kita perlu melihat kawasan sekeliling dahalu,then baru call999....2.RESPON.kita perlu cek ada nafas tak....3.AIRWAYS.head tilf,chin lifl,&LLF,look,listen and feel......4.BRETHING.kita perlu bagi nafas,2hembus.......5.CIRCULATION.kita perlu menekan dada mangsa sebanyak 15x sebanyak 2x&ia dikira 1set...buat langkah yang sama sebanyak 5set.....selepas aku n rakan2 dapat ilmu 2,kami pun di suruh membuat praktikal,aku pun buat la praktikal aku dengan ezzwan......then,dah selesai,kami pun di suruh pulang ke camp site,namun sebelum 2 kami di kejutkan ngan 1majlis hari jadi kami iaitu,zuratika.....salepas menjamu selera kami pun pulang.......sampai saja kat tapak camp site,time tu dalam pukul 2pagi kot,ramai kawan2 aku yang masuk khemah untuk tido,aku faham sebab aku tau kawan2 aku letih sangat...malam 2 aku tak tido,aku join kumpulan yang bertugas sentri.....time sentri,aku berbual dengan hafizuan,pelbagai cter menarik yang dapat aku tahu dari dia tentng aktiviti kem semalam......sedang rancak berbual,tiba2,terdengar suara mengarah kami untuk bangun,aku kesian tengok kawan2 aku yang letih,tido sekejap je......rupa2nya,kami ada 1aktiviti yang perlu lakukan,aiaitu aktiviti "night walk"......time 2 dalam kul 3pagi......kami pun bersiap dengan barang wajib yang perlu ada pada kami,then kami jalan ramai2 masuk dekat dalam hutan......namun,sebelum masuk ke hutan,lampu suluh kami telah di ambil....so,sepanjang perjalanan kat dalam hutan,kami bergelap la......seorang demi seorang rakan2 aku di letakkan di tepi pokok,then sampai la time aku.....mula2 aku takut jugak,tapi oleh sebab keletihan menghantui aku,aku tak kisah,sebab aku boleh tido......selepas sejam kemudian,kami pun di ambil oleh fasi.....selesai suda aktiviti night walk kami....kami pun bergerak pulang ke camp site.....sampai kat camp site,dalam pukul 5 macam tu,aku pun tido sekejap sebab,aku letih sangat.......

Friday, September 5, 2008

TIBALAH TIME FIRST CAMP AKU

ai,jumpa lagi......26julai,4.30ptg......aku tiba lewat ke tapak perkhemahan iaitu di Bukit Cherakah...setibanya aku di tapak perkhemahan,aku terkejut kerana aku terlihat rakan lamaku iatu amierul berada di situ,lalu aku pun menyapa&bersalaman dengannya.....kami pun berbual disitu,pada mulanya,aku menyangka rakan aku itu adalah fasilitator,atas sebab umurnya lebih tua 1tahun dari aku....namun begitu sangkaan ku meleset kerana beliau adalah student INSTED...So,aku dengan dia kira akan sama2 kena lanyak la nanti,hahahaha....kami pun berbual dengan rancak....tiba2 aku terdengar satu suara pekikan yang memotong perbualan kami tadi,aku pun terkejut kerana ia melihat kami berdua...seorang lelaki yang berlagak garang memanggil aku,aku pun dengan beg di bahu pergi kepadanya...rupa2nya dia adalah camp comander aku,iaitu cik Boyington....dia tanya aku macam2,lalu aku pun jawab....then,aku di bawa olehnya ke aktiviti pertama aku,iaitu aktiviti "menjejak"...sampai saja aku kat tempat 2,aku tengok ramai kengkawan klaz aku serta terdapat 3orang peserta yang tak aku kenali.....aku pun memperkenalkan diri,di samping itu juga aku dapat mengenali serba sedikit tentang 3orang peserta yang tak aku kenali tadi....rupa2nya mereka pun student dari INSTED....di situ terdapat 2 kumpulan iaitu kumpulan PUMA&ADIDAS...aku di arah utk menyertai kumpulan PUMA...dalam aktiviti ini,aku di arah oleh fasi untuk menjadi ketua kumpulan PUMA...ikutkan hati aku,aku memang tak nak,tapi nak buat macam mana,terima je la....then kami pun di berikan taklimat tentang aktiviti yang akan dilakukan oleh 2orang fasi iaitu cikBoyington&cik Shahriman...sebelum mula,peralatan keselamatan yang perlu sentiasa ada pada kami ialah,lampu suluh,wisel,topi.....untuk aktiviti ini kami disediakan dengan sebilah parang...aktiviti bermula,so selaku ketua,aku pun menjalankan tugas aku...aku berada di depan,manakala rakan2 aku yang lain berada di belakang aku dan aku menjejak dengan mengikut peta yang telah dibuat oleh kumpulan ADIDAS serta bantuan pendapat&kerjasama dari rakan2..misi kumpulan aku ialah,mencari reben berwarna merah jambu sebanyak20 dengan mengikut jejak&peta yang di beri....akhirnya misi kami berjaya kerana kami dapat menyempurnakannya dalam masa 20minit...tengok la sapa ketua kan...hehe....namun begitu kumpulan aku tewas dengan kumpulan ADIDAS sebab kumpulan mereka mencatat masa 15 minit....selepas itu kami berkumpul,dan diberi taklimat tentang kebaikan yang kami dapat dengan aktiviti ini......hari pun beransur senja,kami pun diarah pulang ke camp site........

CITER AKU(OUTDOOR RECREATION)

assalamualaikum.......firstly,aku bersyukur kepada Allah S.W.T. di atas segala limpah kurniaannya kerana memberi aku segala nikmat hidup di atas muka bumi ini..Salah 1 nikmat kurniaanNya adalah,aku dapat menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara(UITM).
aku mengambil jurusan yang menarik minat hatiku,iaitu Sains Sukan & Rekreasi...di dalam jurusan yang aku ambil ni,aku dapat pelajari pelbagai ilmu tentang sains,sukan,pengurusan dan macam2 lagi...ok,sekarang aku nak cter tentang pengalaman aku pula di semester 2 dalam REKREASI LUAR...rekreasi luar ni adalah salah 1 subjek penting&wajib...so,walau pe pun,aku kena study jugak...pada mulanya,aku tak la suka sangat rekreasi luar ni,sebab kena pergi camping,camping tu sume orang tau macam mana kan,then ramai student2 lepas cter yang subjek ni banyak guna duit,masa,tenaga,komitmen yang jitu&macam2 lagi...so,skang time aku plak yang kna hadapi semua ni....time first2 aku dah study tentang tali,cara ikatan tali dan sume yang berkaitan ngan tali....then,macam2 la aku study,tentang khemah,cara pasang khemah,first aid(theory&practical)&lain2 lagi...pada tarikh 25julai,ia adalah time untuk first camp aku di Bukit Cherakah...so,1week sebelum tu macam2 la persedian budak2 klaz aku ngan aku buat...kami perlu luangkan masa tiap2 petang untuk pergi ke stor checklist barang2 yang hendak di bawa,ada meeting biro&macam lagi persediaan,termasuk untuk diri kami sendiri iaitu dari segi mental&fizikal...aku pun pergi jugak ke stor tiap petang,tapi sebelum time 4.30,aku dah kna gerak pergi fam sebab aku da komitmen lain kat situ....namun begitu,pada 19julai,aku terpaksa meninggalkan kawan2 aku melaksanakan tugas masing2 dalam menjayakan first camping or "Incredible Camp 1 Bukit Cherakah" atas sebab yang tak dapat aku elak iaitu aku terpaksa ke Singapura untuk 2 perlawanan persahabatan bersama skuad bawah negara 19 tahun di sana........